Pengenalan Amali Elektrik dan Elektronik

Dalam amali elektrik dan elektronik ini, secara umumnya pelajar telah didedahkan dengan cara penggunaan alatan tangan yang berada di dalam bengkel dengan betul. Selain itu, pelajar juga didedahkan dengan amalan kerja yang selamat. Pelajar telah didedahkan dengan mengkaji jenis bahaya atau keadaan tidak selamat dan cara menanganinya sebelum memulakan sesuatu kerja di dalam bengkel. Dalam amali kali ini, pelajar dikehendaki menyelesaikan tiga tugasan di bengkel elektronik iaitu asas pematrian, asas penggunaan peralatan pengukur (multimeter) dan pematrian komponen (litar muzik) serta dua tugasan di bengkel elektrik iaitu pendawaian pendaflour dan pendawaian soket keluaran 3A. Sepanjang amali ini berlangsung, pelajar dapat melatih untuk mendisiplinkan diri dalam mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Kesemua amali tersebut hanya melibatkan alatan tangan, dengan itu pelajar dapat belajar cara penggunaan alatan tangan dan mengenali fungsi pelbagai jenis alatan yang ada. Selain itu, pelajar dapat meningkatkan kemahiran dan melahirkan seorang yang teliti dan berusaha dalam menyempurnakan sesuatu projek bagi menghasilkan projek yang berkualiti. 

No comments:

Post a Comment