Carta Organisasi Kelas SPPE 1012

CARTA ORGANISASI KELAS 1 SPPH 2017/2018 
SPPE1012-02 ASAS PERTUKANGAN




PENSYARAH
DR. AMIRMUDIN BIN UDIN



KETUA KELAS
MUHAMMAD HAFIZUDDIN BIN MISDI



PENOLONG KETUA KELAS
ANNURUL AQILAH BINTI AYUZA AZMI



SETIAUSAHA
NUR HAKIMAH BINTI KHALID



PENOLONG SETIAUSAHA
NAZATUL NAJIHA BINTI ASHAR



AJK DOKUMENTASI
DARI KIRI: WAN MOHD ALI BIN WAN ZAHARUDIN, NURUL ASYIQIN BINTI MOKHSIN, KARIMAH BINTI SAIFUDIN, NUR HANNANI BINTI MD A LATIF,  NAZRIN BIN OMAR 



AJK ALATAN DAN KESELAMATAN
DARI KIRI: MUHAMMAD HANIF BIN MD DANIAL, MOHAMAD NUR AMIRUL BIN GHAZALI, MOHAMMAD KHAIRUDDIN BIN ROSLAN, ANAS BIN ISMAIL, SHAHRUL NIZAM BIN MOHD SALMAN
DUDUK DARI KIRI: NUR HAZIRAH BINTI CHE MOHD ASRI, FARAHWAHIDA BINTI MOHD NAYAN



AJK KEBERSIHAN DAN KEMASAN
DARI KIRI: AISYAH BINTI MOHAMMAD, ROSNEYNA BINTI ZAINAL ABIDIN, AMIRUL FARHAN BIN AZLAN NIZAM, NUR NAJWA HANANI BINTI ZAINAL ABIDIN, NURUL FATHIN ZAFIRAH BINTI AHMAD TERMIZI

Proses Kerja Pendawaian Soket 13A

  PROSES KERJA

1.      Mendengar arahan dan panduan yang diberikan oleh pensyarah.
2.      Memahami gambar rajah yang telah diberi.
3.      Menyediakan semua alatan tangan dan komponen serta aksesori yang diperlukan.
4.      Mengukur panjang wayar yang hendak digunakan dan potong menggunakan cutter (wire).
5.      Membuang penebat pada wayar menggunakan penjalur wayar.
6.      Sambungkan semua wayar pada tempatnya. Wayar hidup (biru/merah/kuning) , neutral (hitam) , bumi (hijau).

  

Rajah menunjukkan penyambungan wayar yang telah siap

7.      Potong wayar 3 teras dan jalurkannya.
8.      Sambungkan soket yang terakhir dengan wayar 3 teras. Waya hidup (coklat), neutral (biru), bumi (hijau kuning).
9.      Sambungkan wayar 3 teras kepada plug 3 pin.
10.  Ujian keterusan litar mati mesti dibuat sebelum mencantumkan soket dengan perumahnya untuk mengelakkan kesulitan.
11.  Laraskan tombol pemilih pada julat bacaan perintang.
12.  Sentuhkan test pin hitam dengan test pin berwarna merah dan perhatikan pergerakan jarum penunjuk.
13.  Menguji keterusan litar mati pada wayar hidup.
14.  Letakkan test pin berwarna hitam pada tamatan hidup di plug 3 pin dan test pin berwarna merah di tamatan hidup pada soket yang terakhir.
15.  Perhatikan pergerakan jarum.
16.  Bacaan yang rendah diperolehi menunjukkan wayar hidup tidak terputus.
17.  Menguji keterusan litar mati pada wayar natural.

Rajah menunjukkan pengujian litar mati

18.  Letakkan test pin berwarna hitam pada tamatan natural di plug 3 pin dan test pin berwarna merah di tamatan natural pada soket yang terakhir.
19.  Perhatikan pergerakan jarum.
20.  Bacaan yang rendah diperolehi menunjukkan wayar natural tidak terputus.
21.  Menguji keterusan litar mati pada wayar bumi.
22.  Letakkan test pin berwarna hitam pada tamatan bumi di plug 3 pin dan test pin berwarna merah di tamatan bumi pada soket yang terakhir.
23.  Perhatikan pergerakan jarum.
24.  Bacaan yang rendah diperolehi menunjukkan wayar bumi tidak terputus.
25.  Menguji kefungsian soket dengan menggunakan 3 cara
        i.            Menggunakan ELCB AND SOCKET TESTER.
Jika ketiga-tiga led bernyala, bermaksud litar tersebut sempurna.
Jika tidak, L.E.D akan bernyala mengikut masalah yang berlaku.


Rajah  menunjukkan pengujian ELCB AND SOCKET TESTER

      ii.            Kedua, menggunakan test pen.
Test pen hanya dapat mengesan keterusan arus pada wayar hidup.
Letakkan jari diatas test pen.
Jika L.E.D pada test pen berlampu, bermakna terdapat arus melalui wayar hidup tersebut.
    iii.            Ketiga, menguji dengan menyambungkan soket dengan plug yang bermentol.
Jika mentol bernyala, bermakna litar berada dalam keadaan sempurna.


Rajah  menunjukkan pengujian mentol yang berjaya


26.  Mengukur arus menggunakan clamp meter dan laraskan pada julat bacaan arus.
27.  Nilai yang diperoleh (0.1 A) adalah nilai arus yang lalu dari soket ke mentol.
28.  Menanggalkan kembali semua sambungan dan kemas semua alatan tangan.

29.  Membersihkan meja yang telah digunakan.

Pendawaian Soket Keluaran 13A

 AMALI 4: PENDAWAIAN SOKET KELUARAN  13A

  OBJEKTIF AMALI:


·         Mengetahui fungsi alat tangan elektrik.
·         Mengetahui pendawaian soket keluaran 13A dan papan fius agihan.
·         Menguji aksesori papan fius agihan.
·         Memahirkan pelajar menggunakan alat tangan.


KOMPONEN

a)  Wayar penyambung

Rajah menunjukkan wayar penyambung
- Digunakan sebagai penyambung (jumper) untuk bekalan kuasa atau punca masukan dan keluaran

b) Plug 3 pin

Rajah menunjukkan plug 3 pin
- Mempunyai 3 tamatan iaitu bumi, hidup dan neutral.
- Mempunyai fius katrij 13A.
- Digunakan pada kebanyakan perkakas elekrtik di rumah.


c) Kabel 3 teras berpenebat PVC

Rajah menunjukkan kabel 3 teras berpenebat PVC
- Untuk pendawaian perkakas elektrik yang tidak menghasilkan haba seperti radio dan televisyen.

d) Soket

Rajah menunjukkan soket

- Membekalkan arus elektrik yang boleh dipasang dan ditanggalkan.
- Mempunyai 3 tamatan iaitu bumi, hidup dan neutral.

e) Perumah soket

Rajah menunjukkan perumah soket
- Tempat untuk meletak soket agar kelihatan lebih kemas.



LANGKAH-LANGKAH KERJA


Rajah  menunjukkan pelan pendawaian soket
1.    Fahami gambar rajah di atas.
2.    Kenalpasti kedudukan Neutral (N) , Life (L) dan Earth (E).
3.    Sambungkan kabel pada soket keluaran mengikut kod warna kabel yang telah ditetapkan.
4.    Pasangkan soket pada tapak soket dan skru dengan kemas.
5.    Sambungkan hujung kabel pada soket dengan plug 3 pin 13A.

6.    Buat pemeriksaan ke atas sambungan dengan membuat pengujian litar mati sebelum membuat pengujian litar hidup.