| 
Bil | 
Peralatan | 
Penerangan
  dan Kegunaan | 
| 
1 | 
Gergaji Kerat 
      
  I.           
  Gergaji kerat digunakan khas untuk mengerat kayu
  secara melintang ira kayu. 
   
  II.           
  Gergaji kerat mempunyai gigi berbentuk pisau
  dihujungnya dan tepi hadapanya bersudut antara 70 darjah hingga 80 darjah
  kepada garisan giginya. 
 III.           
  Gergaji kerat mempunyai bilangan giginya antara 5
  hingga 9 batang bagi setiap 25mm. 
 IV.           
  Gergaji kerat biasanya panjang antara 550mm hingga
  700mm.   | |
| 
2 | 
Gergaji Belah 
      
  I.           
  Gergaji belah digunakan khas digunakan untuk
  membelah kayu yang telah digergajikan mengikut atau selari dengan ira kayu. 
   
  II.           
  Gergaji belah mempunyai gigi yang berbentuk serupa
  dengan mata pahat dan tepi hadapannya besudut tepat dengan garis giginya. 
 III.           
  Gergaji belah mempunyai bilangan gigi antara 3
  hingga 6 bilah bagi setiap 25mm. 
 IV.           
  Gergaji ini mempunyai 3 jenis iaitu jenis kecil,
  jenis sederhana dan jenis besar. 
   
  V.           
  Penggunaan gergaji ini bergantung kepada ketebalan
  kayu yang hendak di belah. 
 VI.           
  Panjang gergaji belah ini ialah antara 600mm hingga
  700mm. 
a) Cara-cara menggunakan gergaji tangan. 
      
  I.           
  Condongkan gergaji 45 darjah daripada benda kerja
  apabila mengergaji belah. 
   
  II.           
  Condongkan gergaji 60 darjah daripada benda kerja
  apabila mengergaji kerat. | |
| 
3 | 
Gergaji Puting 
      
  I.           
  Gergaji putting mempunyai mata yang nipis yang
  terpaksa diperkuatkan oleh jalur logam (patil keluli) di belakang matanya. 
   
  II.           
  Ia merupakan gergaji kecil yang mempunyai gigi-gigi
  yang halus sesuai untuk memotong kayu-kayu yang kecil. 
 III.           
  Biasanya penahan tepi digunakan semasa menggergajikan
  menggunakan gergaji putting. 
 IV.           
  Bentuknya hampir sama dengan gergaji kerat dan
  mempunyai mata kecil antara 12 hingga 14 bilah bagi setiap 25mm. 
   
  V.           
  Kegunaannya adalah untuk mengerat sedara lurus untuk
  membuat tanggam seperti membuat putting dan lain-lain.   | |
| 
4 |  | 
Gergaji Lengkung 
      
  I.           
  Gergaji ini mempunyai mata yang sangat halus
  dipasang pada bingkai logam yang tegak. 
   
  II.           
  Panjang matanya ialah 150mm. 
 III.           
  Gergaji lengkung halus ini digunakan untuk membuat
  lengkung yang sempit pada papan nipis pada bahagian dalam dan luar. | 
| 
5 | 
Gergaji Bajang 
      
  I.           
  Bentuk gergaji bajang serupa dengan gergaji puting
  tetapi lebih kecil. 
   
  II.           
  Giginya pula lebih kecil iaitu 18 hingga 22 bagi
  setiap inci. 
 III.           
  Gergaji bajang digunakan untuk membuat tanggam yang
  pemasangannya lebih ketat dan tepat.   | |
| 
6 |  | 
Gergaji Tebok 
      
  I.           
  Gergaji tebok bermata halus dan berbentuk tirus. 
   
  II.           
  Panjangnya 300mm hingga 450mm. 
 III.           
  Gergaji tebok digunakan untuk memotong benda kerja
  yang lurus dan melengkung. | 
Peralatan Memotong
Hari ini kita kongsikan tentang peralatan untuk memotong kayu atau papan.
 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





No comments:
Post a Comment