Peralatan Mengukur dan Menanda
Alatan
mengukur kebiasaannya digunakan bersama alatan menanda . Fungsi alatan menanda
ialah untuk menghasilkan garisan ataupun titik rujukan sebagai panduan untuk
kerja-kerja memotong dan melubang . Antara alatan-alatan menanda yang kerap
digunakan adalah seperti berikut :
| 
No. | 
Alatan
  Tangan  | 
Penerangan
  Dan Fungsi | 
| 
1. |  | 
Sesiku L 
Penerangan 
·        
  Terdiri daripada bahagian lengan (bilah) diperbuat
  daripada keluli yang tahan, manakala bahagian badan diperbuat daripada kayu
  keras atau keluli. 
·        
   Pada bahagian
  lengan ditanda dengan ukuran metrik (cm) dan imperial (inch).  
·        
   Saiz ditentukan
  berdasarkan panjang lengannya (bilah).  
Fungsi 
·        
   Digunakan untuk
  menguji kerataan permukaan bahan kerja kayu. 
·        
    Menguji
  ketepatan atau kepersegian kayu.  
·        
   Untuk membuat
  garisan yang bersudut tepat | 
| 
2. | 
Pembaris keluli  
Penerangan 
·        
  Diperbuat daripada keluli tahan karat.  
·        
   Permukaannya
  mempunyai skala pengukuran dalam unit imperial (inci) dan metric (cm). 
·        
  Mempunyai pelbagai saiz antara 150 mm hingga 1000mm.  
Fungsi 
·        
  Pembaris keluli digunakan untuk mengukur jarak pada
  bahagian keja sebelum ditanda dan membuat garisan yang lurus. | |
| 
3. |  | 
Pensil tukang  
Penerangan
   
·        
  Badan pensil ini diperbuat daripada kayu manakala
  matanya daripada karbon hitam.  
·        
  Badan pensil ini lebih lebar dan tebal, matanya
  berbentuk segi empat tepat.  
·        
  Pensil ini khas untuk kerja kasar sahaja seperti menanda
  dan merancang tanda. 
Fungsi 
·        
  Berfungsi untuk menanda permukaan bahan kerja kayu dan
  merancang menanda. | 
| 
4 |  | 
Pisau Penanda  
Penerangan
   
·        
  Pisau penanda merupakan alatan tangan yang diperbuat
  dariapa sejenis keluli yang khas  
Fungsi
   
·        
  Untuk menanda garisan yang akan dipotong atau untuk
  kerja membuat tangggam.  
·        
  Boleh digunakan untuk menajamkan mata pensil credit to: Bhinneka.com | 
| 
5 | 
Tolok
  serong 
Penerangan
   
·        
  Pada tolok pelaras,terdapat skru
  pelaras, badan, dan bilah.  
Fungsi 
·        
  Untuk memindahkan sudut yang bukan
  90ยบ.  
·        
  Skru pelaras berfungsi untuk
  melonggar/mengetat bilah untuk mengubah sudutnya.  
·        
  Badan perlu sentiasa rapat dengan
  permukaan kayu untuk mendapatkan sudut yang tepat. | 


No comments:
Post a Comment