Pendawaian Soket Keluaran 13A

 AMALI 4: PENDAWAIAN SOKET KELUARAN  13A

  OBJEKTIF AMALI:


·         Mengetahui fungsi alat tangan elektrik.
·         Mengetahui pendawaian soket keluaran 13A dan papan fius agihan.
·         Menguji aksesori papan fius agihan.
·         Memahirkan pelajar menggunakan alat tangan.


KOMPONEN

a)  Wayar penyambung

Rajah menunjukkan wayar penyambung
- Digunakan sebagai penyambung (jumper) untuk bekalan kuasa atau punca masukan dan keluaran

b) Plug 3 pin

Rajah menunjukkan plug 3 pin
- Mempunyai 3 tamatan iaitu bumi, hidup dan neutral.
- Mempunyai fius katrij 13A.
- Digunakan pada kebanyakan perkakas elekrtik di rumah.


c) Kabel 3 teras berpenebat PVC

Rajah menunjukkan kabel 3 teras berpenebat PVC
- Untuk pendawaian perkakas elektrik yang tidak menghasilkan haba seperti radio dan televisyen.

d) Soket

Rajah menunjukkan soket

- Membekalkan arus elektrik yang boleh dipasang dan ditanggalkan.
- Mempunyai 3 tamatan iaitu bumi, hidup dan neutral.

e) Perumah soket

Rajah menunjukkan perumah soket
- Tempat untuk meletak soket agar kelihatan lebih kemas.



LANGKAH-LANGKAH KERJA


Rajah  menunjukkan pelan pendawaian soket
1.    Fahami gambar rajah di atas.
2.    Kenalpasti kedudukan Neutral (N) , Life (L) dan Earth (E).
3.    Sambungkan kabel pada soket keluaran mengikut kod warna kabel yang telah ditetapkan.
4.    Pasangkan soket pada tapak soket dan skru dengan kemas.
5.    Sambungkan hujung kabel pada soket dengan plug 3 pin 13A.

6.    Buat pemeriksaan ke atas sambungan dengan membuat pengujian litar mati sebelum membuat pengujian litar hidup.

No comments:

Post a Comment