Keselamatan Am


PENGENALAN


Sebelum kita memasuki atau memulakan sesuatu kerja di dalam bengkel kita hendaklah mengetahui dan mengambil tahu aspek-aspek keselamatan dalam bengkel tersebut. Ini bertujuan untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. Pada hari pertama memasuki bengkel, kebiasannya pensyarah atau staf yang bertugas di makmal tersebut akan menerangkan tentang keselamatan-keselamatan dalam bengkel. Oleh itu , kita hendaklah menggunakan segala alatan dalam bengkel dengan baik serta cara yang betul bagi memastikan alatan tangan sentiasa dalam keadaan baik.Setiap kerja yang dilaksanakan di dalam bengkel mesti dilaksanakan dengan mempertimbangkan keselamatan diri sendiri dan juga orang lain. 


KESELAMATAN BENGKEL SECARA AM :


·         Masuk bengkel dengan kebenaran staf yang bertugas
·         Bengkel hendaklah sentiasa bersih dan teratur
·         Alatan yang telah digunakan hendaklah diletakkan ditempat yang khas
·         Pastikan semua alat kawalan dan perlindungan elektrik dalam bengkel berada dalam keadaan yang baik
·         Laporkan kepada staf bertugas sekiranya keadaan berbahaya
·         Pastikan semua suis ditutup sebelum meninggalkan bengkel
·         Tidak bergurau senda di dalam bengkel
·         Tidak menumpahkan minyak atas lantai
·         Pastikan dalam bengkel ada dibekalkan alat pemadam api
·         Pastikan bengkel sentiasa cerah dan mempunyai pengudaraan yang baik

seterusnya..........



Peralatan Kemasan

Kami telah menjalankan proses kemasan. Permukaan projek kayu digosok dengan kertas pasir untuk melicinkannya. Selepas kayu licin, kami mengecat projek kami untuk menghasilkan projek yang cantik dan kreatif.



Gambar rajah di atas menunjukkan prose mengecat projek kayu iaitu penyangkut kunci



Setelah mengecat dan cat pun telah kering, kami meneruskan kerja terakhir iaitu memasang penyangkut hook sebagai tempat menyangkut kunci. 

Peralatan Melubang

Image result for alat gerudi engkol

Gerudi Tangan

  • Digunakan untuk membuat lubang yang berdiameter kurang daripada 8 mm.
  • Bahagian utama gerudi ini ialah hulu pemegang tepi, tangkai engkol, piring gear, pinion, bindu, dan rahang.
  • Gerudi tangan ini digunakan bersama mata gerudi pintal.
  • Saiz mata gerudi pintal ialah .4 mm - 12.5 mm.
  • Ia boleh membuat lubang pada kayu dan logam.
  • Semasa menggerudi, mata gerudi hendaklah diletakkan minyak supaya ia tidak haus.


Image result for alat gerudi tangan
Gerudi Engkol
  • Digunakan untuk menebuk lubang pada kayu.
  • Saiznya ditentukan oleh ayunan pemegangnya.
  • Bahagian utamanya ialah kepala, pemegang, rangka, cincin sesondol, gear sehala, bindu, dan rahang.
  • Gerudi engkol digunakan bersama mata gerimit.
  • Saiz mata gerimit adalah lebih besar jika dibandingkan dengan saiz mata gerudi pintal.
  • Gerudi engkol tidak boleh digunakan untuk membuat lubang logam.