Keselamatan Am


PENGENALAN


Sebelum kita memasuki atau memulakan sesuatu kerja di dalam bengkel kita hendaklah mengetahui dan mengambil tahu aspek-aspek keselamatan dalam bengkel tersebut. Ini bertujuan untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. Pada hari pertama memasuki bengkel, kebiasannya pensyarah atau staf yang bertugas di makmal tersebut akan menerangkan tentang keselamatan-keselamatan dalam bengkel. Oleh itu , kita hendaklah menggunakan segala alatan dalam bengkel dengan baik serta cara yang betul bagi memastikan alatan tangan sentiasa dalam keadaan baik.Setiap kerja yang dilaksanakan di dalam bengkel mesti dilaksanakan dengan mempertimbangkan keselamatan diri sendiri dan juga orang lain. 


KESELAMATAN BENGKEL SECARA AM :


·         Masuk bengkel dengan kebenaran staf yang bertugas
·         Bengkel hendaklah sentiasa bersih dan teratur
·         Alatan yang telah digunakan hendaklah diletakkan ditempat yang khas
·         Pastikan semua alat kawalan dan perlindungan elektrik dalam bengkel berada dalam keadaan yang baik
·         Laporkan kepada staf bertugas sekiranya keadaan berbahaya
·         Pastikan semua suis ditutup sebelum meninggalkan bengkel
·         Tidak bergurau senda di dalam bengkel
·         Tidak menumpahkan minyak atas lantai
·         Pastikan dalam bengkel ada dibekalkan alat pemadam api
·         Pastikan bengkel sentiasa cerah dan mempunyai pengudaraan yang baik

seterusnya..........



No comments:

Post a Comment