Amali Elektrik (Pendawaian Pendafluor)

 AMALI 3: PENDAWAIAN PENDAFLOUR

 OBJEKTIF AMALI:

·         Mengetahui fungsi alat tangan elektrik.
·         Mengetahui pendawaian pendaflour.
·         Menguji kefungsian litar pendaflour.
·         Memahirkan pelajar menggunakan alat tangan.

 

BAHAN DAN KOMPONEN

a) Perumah beserta cok

Rajah menunjukkan perumah beserta cok

- Tempat untuk meletakkan soket suis penghidup, pemegang tiub pendaflour dan wayar penyambung agar lebih kemas.
- Cok berfungsi untuk membekalkan voltan dan menstabilkan voltan dalam litar apabila pendaflour benyala.

b) Pemegang tiub pendarfluor


Rajah menunjukkan pemegang tiub pendarfluor
- Memegang tiub pendaflour pada perumah.

- Menyambungkan arus dari wayar kepada tiub pendaflour.

c) Soket suis penghidup

Rajah menunjukkan soket suis penghidup

- Memegang suis penghidup dalam perumah.
- Menyambungkan arus dari wayar ke suis penghidup.

d)  Suis penghidup

Rajah menunjukkan suis penghidup

- Berfungsi untuk menghidupkan lampu.
- Lampu akan terus hidup walaupun suis penghidup ditanggalkan.

e) Wayar penyambung

Rajah menunjukkan wayar penyambung
- Digunakan sebagai penyambung (jumper) untuk bekalan kuasa atau punca masukan dan keluaran




f) Plug 3 pin

Rajah menunjukkan plug 3 pin
- Mempunyai 3 tamatan iaitu bumi, hidup dan neutral.
- Mempunyai fius katrij 13A.
- Digunakan pada kebanyakan perkakas elekrtik di rumah.

g) Kabel 3 teras berpenebat PVC

Rajah menunjukkan kabel 3 teras berpenebat PVC
- Untuk pendawaian perkakas elektrik yang tidak menghasilkan haba seperti radio dan televisyen.

h) Tiub Pendarfluor

Rajah menunjukkan Tiub pendarfluor
-Untuk menghasilkan cahaya dalam unit lumen


LANGKAH KERJA




Rajah menunjukkan bahagian-bahagian dalam pendawaian lampu pendarfluor

1.      Fahami gambarajah di atas.
2.      Kenalpasti setiap komponen / aksesori yang hendak digunakan, pastikan komponen / aksesori tersebut barada dalam keadaan baik dengan menggunakan multimeter.
3.      Kenalpasti kedudukan pada perumah pendaflour sebelum meletakkan komponen / aksesori. Komponen / aksesori disusun mengikut kedudukan yang betul.
4.      Sambung kabel pengalir tunggal dengan semua komponen / aksesori.
5.      Pastikan kod warna kabel yang disambungkan adalah betul iaitu merah (hidup) , hitam (neutral) , hijau (bumi).
6.      Periksa dan uji litar mati menggunakan multimeter dengan bantuan pensyarah dan pengajar.
7.      Sambungkan litar dari pendaflour kepada plug 3 pin.
8.      Rujuk manual penggunaan bekalan kuasa (power supply).
9.      Tunggu arahan daripada pensyarah / pengajar sebelum membuat penyambungan bekalan.

Proses mengukur menggunakan Multimeter

        i.             Mengukur Direct Current Voltage (DCV)
1.      Pastikan jarum penunjuk berada pada kedudukan kosong (0) pada bacaan skala.
2.      Pilih bacaan yang hendak digunakan dengan memusingkan tombol pemilih pada julat bacaan yang diperlukan.
3.      Laraskan tombol pemilih pada bahagian bacaan untuk julat bacaan DCV.
4.      Pastikan julat yang digunakan bersesuaian dengan bacaan yang hendak diambil.
5.      Sambungkan test pin berwarna hitam pada bahagian terminal negative dan test pin berwarna merah pada terminal positif.
6.      Baca pergerakan jarum penunjuk pada skala bacaan V.A dan skala yang dipilih.

Mengukur Alternate Current Voltage (ACV)
1.      Pastikan jarum penunjuk berada pada kedudukan kosong (0) pada bacaan skala.
2.      Pilih bacaan yang hendak digunakan dengan memusingkan tombol pemilih pada julat bacaan yang diperlukan.
3.      Laraskan tombol pemilih pada bahagian bacaan untuk julat bacaan ACV.
4.      Sambungkan test pin pada punca bekalan kuasa atau litar yang hendak diuji.
5.      Pastikan julat yang hendak digunakan bersesuaian dengan bacaan ang hendak diambil.
6.      Sambungkan test pin berwarna hitam pada bahagian wayar neutral dan test pin berwarna merah pada wayar yangmembawa arus.
7.      Baca pergerakan jarum penunjuk pada skala bacaan V.A dan skala yang dipilih.

Mengukur Direct Current Ampere (DCA)
1.      Pastikan jarum penunjuk berada pada kedudukan kosong (0) pada bacaan skala.
2.      Pilih bacaan yang hendak digunakan dengan memusingkan tombol pemilih pada julat bacaan yang diperlukan.
3.      Laraskan tombol pemilih pada bahagian bacaan untuk julat bacaan DCA.
4.      Pastikan julat yang hendak digunakan bersesuaian dengan bacaan ang hendak diambil.
5.      Sambungkan test pin berwarna hitam pada bahagian terminal negatif dan test pin berwarna merah pada terminal positif.
6.      Pastikan sambungan dilakukan sesiri dengan beban.
7.      Baca pergerakan jarum penunjuk pada skala bacaan V.A dan skala yang dipilih.


 Mengukur Rintangan (Ω)
1.      Pastikan jarum penunjuk berada pada kedudukan kosong (0) pada bacaan skala dengan menyentuhkan test pin hitam dan test pin merah.
2.      Pilih bacaan yang hendak digunakan dengan memusingkan tombol pemilih pada julat bacaan yang diperlukan.
3.      Laraskan tombol pemilih pada bahagian bacaan untuk julat bacaan rintangan.
4.      Pastikan julat yang digunakan bersesuaian dengan bacaan yang hendak diambil.
5.      Sambungkan test pin berwarna hitam pada bahagian hujung perintang dan test pin berwarna merah pada hujung yang lagi satu.
6.      Baca pergerakan jarum penunjuk pada skala bacaan rintangan.

7.      Bacaan yang diperoleh perlu didarabkan dengan nilai julat yang dipilih. (X1, X10, X100, X1K, X10K).

Asas Penggunaan Peralatan Pengukur (Multimeter)

        i.            OBJEKTIF
  •          Mengetahui kegunaan peralatan pengukuran elektronik.
  •         Mengenalpasti dan memilih julat yang sesuai bagi setiap jenis peralatan pengukur.
  •         Mengetahui teknik pengukuran mengikuti spesifikasi alat.


      ii.            BAHAN-BAHAN DAN ALATAN


PERALATAN YANG DIGUNAKAN
FUNGSI DAN CARA PENGGUNAAN
Multimeter

- Alat penguji meter yang dapat membuat pengujian dengan cepat dan senang.
- Digunakan untuk mengukur voltan, rintangan, arus.
- Menguji keterusan litar.
Veroboard Beserta Perintang Dan Diod (L.E.D)
- Komponen yang akan diukur nilai rintangannya.