i. Mengukur Direct Current Voltage
(DCV)
1. Pastikan
jarum penunjuk berada pada kedudukan kosong (0) pada bacaan skala.
2. Pilih
bacaan yang hendak digunakan dengan memusingkan tombol pemilih pada julat
bacaan yang diperlukan.
3. Laraskan
tombol pemilih pada bahagian bacaan untuk julat bacaan DCV.
4. Pastikan
julat yang digunakan bersesuaian dengan bacaan yang hendak diambil.
5. Sambungkan
test pin berwarna hitam pada bahagian terminal negative dan test pin berwarna
merah pada terminal positif.
6. Baca
pergerakan jarum penunjuk pada skala bacaan V.A dan skala yang dipilih.
Mengukur Alternate Current Voltage (ACV)
Mengukur Alternate Current Voltage (ACV)
1. Pastikan
jarum penunjuk berada pada kedudukan kosong (0) pada bacaan skala.
2. Pilih
bacaan yang hendak digunakan dengan memusingkan tombol pemilih pada julat
bacaan yang diperlukan.
3. Laraskan
tombol pemilih pada bahagian bacaan untuk julat bacaan ACV.
4. Sambungkan
test pin pada punca bekalan kuasa atau litar yang hendak diuji.
5. Pastikan
julat yang hendak digunakan bersesuaian dengan bacaan ang hendak diambil.
6. Sambungkan
test pin berwarna hitam pada bahagian wayar neutral dan test pin berwarna merah
pada wayar yangmembawa arus.
7. Baca
pergerakan jarum penunjuk pada skala bacaan V.A dan skala yang dipilih.
Mengukur Direct Current Ampere (DCA)
Mengukur Direct Current Ampere (DCA)
1. Pastikan
jarum penunjuk berada pada kedudukan kosong (0) pada bacaan skala.
2. Pilih
bacaan yang hendak digunakan dengan memusingkan tombol pemilih pada julat
bacaan yang diperlukan.
3. Laraskan
tombol pemilih pada bahagian bacaan untuk julat bacaan DCA.
4. Pastikan
julat yang hendak digunakan bersesuaian dengan bacaan ang hendak diambil.
5. Sambungkan
test pin berwarna hitam pada bahagian terminal negatif dan test pin berwarna
merah pada terminal positif.
6. Pastikan
sambungan dilakukan sesiri dengan beban.
7. Baca
pergerakan jarum penunjuk pada skala bacaan V.A dan skala yang dipilih.
Mengukur Rintangan (Ω)
Mengukur Rintangan (Ω)
1. Pastikan
jarum penunjuk berada pada kedudukan kosong (0) pada bacaan skala dengan
menyentuhkan test pin hitam dan test pin merah.
2. Pilih
bacaan yang hendak digunakan dengan memusingkan tombol pemilih pada julat bacaan
yang diperlukan.
3. Laraskan
tombol pemilih pada bahagian bacaan untuk julat bacaan rintangan.
4. Pastikan
julat yang digunakan bersesuaian dengan bacaan yang hendak diambil.
5. Sambungkan
test pin berwarna hitam pada bahagian hujung perintang dan test pin berwarna
merah pada hujung yang lagi satu.
6. Baca
pergerakan jarum penunjuk pada skala bacaan rintangan.
7.
Bacaan yang diperoleh perlu
didarabkan dengan nilai julat yang dipilih.
(X1, X10, X100, X1K, X10K).
No comments:
Post a Comment