Keselamatan Bengkel

  1. Bengkel mestilah mempunyai susun atur yang baik bagi membolehkan kerja dijalankan dengan baik dan lancar. 
  2. Bengkel mestilah mendapat cahaya yang mencukupi dan sistem pengudaraan yang baik bagi memastikan kerja yang dilakukan tidak menghadapi sebarang masalah. 
  3. Bengkel hendaklah sentiasa bersih daripada sebarang sisa kerja seperti serpihan besi dan minyak bagi mengelakkan kemalangan yang disebabkan oleh bahan tersebut.
  4. Pastikan lantai kering, tidak berminyak ketika melakukan kerja.
  5. Kemaskan tempat selepas kerja dilakukan.
  6. Pastikan tempat bekerja tidak bersepah ketika melakukan kerja.
  7. Pastikan jarak yang sesuai ketika menggunakan kerja.

Pengenalan kepada Fabrikasi dan Logam.

Fabrikasi logam merupakan kerja yang banyak dilakukan untuk membuat dan mencipta objek/barangan untuk kegunaan seharian. Disamping itu juga ia banyak digunakan dalam penghasilan bahan ciptaan yang baru. Kerja-kerja fabrikasi logam biasanya dijalankan di bengkel kerana ia banyak menggunakan alatan tangan serta mesin. Ini kerana mesin yang digunakan terlalu besar dan tidak sesuai untuk diletakkan di kawasan rumah.

Ketika melakukan kerja-kerja fabrikasi logam keselamatan diri, bahan dan tempat amat penting bagi mengelakkan kecelakaan dan kemalangan berlaku. Jika tidak, pastinya segala kerja yang dilakukan akan mendatangkan malapetaka dan bukannya membantu dalam kegunaan harian. Pekara ini perlulah dititikberatkan agar tujuan kerja fabrikasi logam yang dilakukan mencapai matlamat dan objektif penghasilannya.

Di sini kami akan menerangkan serba sedikit mengenai kaedah penghasilan, langkah keselamatan diri, bahan dan tempat untuk kerja fabrikasi logam iaitu menghasilkan tanggam. Ia bertujuan untuk melatih pelajar untuk mencuba dan belajar cara yang betul utnuk membuat tanggam hasil usaha sendiri. Diharap dengan apa yang dipaparkan akan dapat membantu mereka untuk mencari maklumat mengenai fabrikasi dan logam.




Keselamatan Am


PENGENALAN


Sebelum kita memasuki atau memulakan sesuatu kerja di dalam bengkel kita hendaklah mengetahui dan mengambil tahu aspek-aspek keselamatan dalam bengkel tersebut. Ini bertujuan untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. Pada hari pertama memasuki bengkel, kebiasannya pensyarah atau staf yang bertugas di makmal tersebut akan menerangkan tentang keselamatan-keselamatan dalam bengkel. Oleh itu , kita hendaklah menggunakan segala alatan dalam bengkel dengan baik serta cara yang betul bagi memastikan alatan tangan sentiasa dalam keadaan baik.Setiap kerja yang dilaksanakan di dalam bengkel mesti dilaksanakan dengan mempertimbangkan keselamatan diri sendiri dan juga orang lain. 


KESELAMATAN BENGKEL SECARA AM :


·         Masuk bengkel dengan kebenaran staf yang bertugas
·         Bengkel hendaklah sentiasa bersih dan teratur
·         Alatan yang telah digunakan hendaklah diletakkan ditempat yang khas
·         Pastikan semua alat kawalan dan perlindungan elektrik dalam bengkel berada dalam keadaan yang baik
·         Laporkan kepada staf bertugas sekiranya keadaan berbahaya
·         Pastikan semua suis ditutup sebelum meninggalkan bengkel
·         Tidak bergurau senda di dalam bengkel
·         Tidak menumpahkan minyak atas lantai
·         Pastikan dalam bengkel ada dibekalkan alat pemadam api
·         Pastikan bengkel sentiasa cerah dan mempunyai pengudaraan yang baik

seterusnya..........