Fabrikasi
logam merupakan kerja yang banyak dilakukan untuk membuat dan mencipta
objek/barangan untuk kegunaan seharian. Disamping itu juga ia banyak digunakan
dalam penghasilan bahan ciptaan yang baru. Kerja-kerja fabrikasi logam biasanya
dijalankan di bengkel kerana ia banyak menggunakan alatan tangan serta mesin.
Ini kerana mesin yang digunakan terlalu besar dan tidak sesuai untuk diletakkan
di kawasan rumah.
Ketika melakukan kerja-kerja fabrikasi logam keselamatan diri, bahan dan tempat
amat penting bagi mengelakkan kecelakaan dan kemalangan berlaku. Jika tidak,
pastinya segala kerja yang dilakukan akan mendatangkan malapetaka dan bukannya
membantu dalam kegunaan harian. Pekara ini perlulah dititikberatkan agar tujuan
kerja fabrikasi logam yang dilakukan mencapai matlamat dan objektif
penghasilannya.
Di sini kami akan menerangkan serba sedikit mengenai kaedah penghasilan,
langkah keselamatan diri, bahan dan tempat untuk kerja fabrikasi logam iaitu menghasilkan tanggam. Ia bertujuan untuk melatih pelajar untuk mencuba dan belajar cara yang betul utnuk membuat tanggam hasil usaha sendiri. Diharap dengan apa yang dipaparkan akan dapat
membantu mereka untuk mencari maklumat mengenai fabrikasi dan logam.
No comments:
Post a Comment