Peralatan Mencengkam

Peralatan  Mencengkam

Proses kerja-kerja  pemasangan, samaada kerja logam atau kerja kayu,terdapat alat-alat khas hendaklah digunakan untuk mengapit dan menyangga benda-benda kerja yang berasingan supaya aktiviti amali dapat dilakukan dengan mudah dan selamat.Peralatan ini direkabentuk  khas untuk jenis pemasangan yang tertentu seperti mengapit dan menyangga ialah ragam meja apit G,apit F,apit panjang.

            
RAGUM MEJA 



  • Ragum meja terdapat pada meja kerja kayu dan logam.
  • Ragum meja dilapik dengan kayu pada kedua-dua rahangnya untuk mengelakkan permukaan benda kerja daripada rosak semasa diapik.
  • Kegunaan utama ragum meja ialah untuk memegang benda semasa kerja.


APIT G (G-Clamps)

  •  Bahagian pemidang Apit G diperbuat   daripada bahan keluli.
  •  Kegunaan Apit G adalah sama iaitu:
  •  Apit G digunakan bersama-sama kayu kecil atau reja kayu untuk melindungi permukaan benda kerja.
  • Digunakan untuk mengapit bahagian kerja muka ke muka,mengikat benda kerja sementara dan sebagainya.


APIT F (F-Clamps)

  •           Dikenali sebagai apit pendek
  •       Diperbuat daripada besi tuangan dan saiz ditentukan oleh jarak bukaan maksimum antara bahagian rahang.

APIT PANJANG


  •  Apit panjang diperbuat daripada besi tuangan atau aluminium.
  •  Apit panjang digunakan untuk proses seperti pemasangan tanggam,pemidang pintu,tingkap,perabut,papan yang hendak dicantum atau digunakan.

Keselamatan Alatan



Assalamualaikum, salam sejahtera, salam UTM sanjungan bangsa, 
salam muafakat Johor dan salam 1 Malaysia.



KESELAMATAN ALATAN DAN MESIN

Keselamatan alatan dan mesin merupakan perkara paling penting kerana ia palling banyak menyumbang kepada berlakunya kemalangan dalam bengkel. Langkah-langkah penggunaan yang betul perlu dilakukan. Antara contoh-contoh keselamatan alatan dan mesin:


  • Rancang alatan dan bahan yang hendak digunakan dan fahami cara-cara untuk menggunakannya. 
  • Minta kebenaran dan tunjuk ajar daripada guru tentang cara-cara menggunakan peralatan elektrik.
  • Bersihkan alatan dan simpan di tempat yang selamat selepas digunakan.
  • Alatan dan bahan yang berbahaya, mudah pecah dan mudah terbakar seperti petrol dan cat serta peralatan yang tajam hendaklah disimpan di dalam almari. Gunakan alatan dan bahan dengan berhemah dan berjimat cermat.
  • Laporkan sebarang kerosakan atau kehilangan alatan kepada guru dengan segera
  • Pastikan anda tahu dengan jelas dan betul kaedah kendali alatan atau mesin yang hendak digunakan.
  • Pastikan bahagian yang berputar pada mesin dilengkapi pelindung keselamatan.
  • Pastikan alatan dan mesin yang hendak digunakan dalam keadaan baik.
  • Pastikan alatan dan mesin mempunyai pembumian yang sempurna.
  • Pastikan sebarang kerosakan alatan dan mesin dilaporkan dan dibaik pulih dengan segera. 
  • Gunakan alatan dan mesin yang sesuai dengan kerja yang hendak dilakukan






CONTOH - Cara yang betul menyimpan alatan di dalam bengkel.

Keselamatan Bengkel

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam UTM sanjungan bangsa,
salam muafakat Johor dan salam 1 Malaysia.


Peraturan- peraturan keselamatan sepanjang berada di dalam bengkel perlulah dipatuhi dari semasa ke semasa agar dapat menggelakan kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku seperti kecederaan dan kerosakan pada projek kayu. Antara peraturan keselamatan bengkel kayu ialah :
  1.       Mendapatkan kebenaran guru untuk keluar masuk bengkel.
  2.       Bengkel mestilah sentiasa dalam keadaan bersih dan teratur.
  3.       Melaporkan kepada pensyarah sekiranya terdapat keadaan bahaya.
  4.       Pelajar mestilah mengenal pasti tempat khas yang digunakan untuk menyimpan alatan dan bahan.
  5.       Bengkel kayu hendaklah mempunyai kotak pertolongan cemas.
  6.       Memastikan bengkel dibekalkan dengan alat pemadam api.
  7.       Pastikan semua suis dipadamkan sebelum meninggalkan bengkel.
  8.     . Membersihkan bengkel setelah selesai menggunakannya

Kemudian, kita sambung pula dengan keselamatan yang terakhir sekali di entri seterusnya..