Peralatan Mencengkam

Peralatan  Mencengkam

Proses kerja-kerja  pemasangan, samaada kerja logam atau kerja kayu,terdapat alat-alat khas hendaklah digunakan untuk mengapit dan menyangga benda-benda kerja yang berasingan supaya aktiviti amali dapat dilakukan dengan mudah dan selamat.Peralatan ini direkabentuk  khas untuk jenis pemasangan yang tertentu seperti mengapit dan menyangga ialah ragam meja apit G,apit F,apit panjang.

            
RAGUM MEJA 



  • Ragum meja terdapat pada meja kerja kayu dan logam.
  • Ragum meja dilapik dengan kayu pada kedua-dua rahangnya untuk mengelakkan permukaan benda kerja daripada rosak semasa diapik.
  • Kegunaan utama ragum meja ialah untuk memegang benda semasa kerja.


APIT G (G-Clamps)

  •  Bahagian pemidang Apit G diperbuat   daripada bahan keluli.
  •  Kegunaan Apit G adalah sama iaitu:
  •  Apit G digunakan bersama-sama kayu kecil atau reja kayu untuk melindungi permukaan benda kerja.
  • Digunakan untuk mengapit bahagian kerja muka ke muka,mengikat benda kerja sementara dan sebagainya.


APIT F (F-Clamps)

  •           Dikenali sebagai apit pendek
  •       Diperbuat daripada besi tuangan dan saiz ditentukan oleh jarak bukaan maksimum antara bahagian rahang.

APIT PANJANG


  •  Apit panjang diperbuat daripada besi tuangan atau aluminium.
  •  Apit panjang digunakan untuk proses seperti pemasangan tanggam,pemidang pintu,tingkap,perabut,papan yang hendak dicantum atau digunakan.

No comments:

Post a Comment