Keselamatan Alatan



Assalamualaikum, salam sejahtera, salam UTM sanjungan bangsa, 
salam muafakat Johor dan salam 1 Malaysia.



KESELAMATAN ALATAN DAN MESIN

Keselamatan alatan dan mesin merupakan perkara paling penting kerana ia palling banyak menyumbang kepada berlakunya kemalangan dalam bengkel. Langkah-langkah penggunaan yang betul perlu dilakukan. Antara contoh-contoh keselamatan alatan dan mesin:


  • Rancang alatan dan bahan yang hendak digunakan dan fahami cara-cara untuk menggunakannya. 
  • Minta kebenaran dan tunjuk ajar daripada guru tentang cara-cara menggunakan peralatan elektrik.
  • Bersihkan alatan dan simpan di tempat yang selamat selepas digunakan.
  • Alatan dan bahan yang berbahaya, mudah pecah dan mudah terbakar seperti petrol dan cat serta peralatan yang tajam hendaklah disimpan di dalam almari. Gunakan alatan dan bahan dengan berhemah dan berjimat cermat.
  • Laporkan sebarang kerosakan atau kehilangan alatan kepada guru dengan segera
  • Pastikan anda tahu dengan jelas dan betul kaedah kendali alatan atau mesin yang hendak digunakan.
  • Pastikan bahagian yang berputar pada mesin dilengkapi pelindung keselamatan.
  • Pastikan alatan dan mesin yang hendak digunakan dalam keadaan baik.
  • Pastikan alatan dan mesin mempunyai pembumian yang sempurna.
  • Pastikan sebarang kerosakan alatan dan mesin dilaporkan dan dibaik pulih dengan segera. 
  • Gunakan alatan dan mesin yang sesuai dengan kerja yang hendak dilakukan






CONTOH - Cara yang betul menyimpan alatan di dalam bengkel.

No comments:

Post a Comment