Proses mengukur menggunakan Multimeter

        i.             Mengukur Direct Current Voltage (DCV)
1.      Pastikan jarum penunjuk berada pada kedudukan kosong (0) pada bacaan skala.
2.      Pilih bacaan yang hendak digunakan dengan memusingkan tombol pemilih pada julat bacaan yang diperlukan.
3.      Laraskan tombol pemilih pada bahagian bacaan untuk julat bacaan DCV.
4.      Pastikan julat yang digunakan bersesuaian dengan bacaan yang hendak diambil.
5.      Sambungkan test pin berwarna hitam pada bahagian terminal negative dan test pin berwarna merah pada terminal positif.
6.      Baca pergerakan jarum penunjuk pada skala bacaan V.A dan skala yang dipilih.

Mengukur Alternate Current Voltage (ACV)
1.      Pastikan jarum penunjuk berada pada kedudukan kosong (0) pada bacaan skala.
2.      Pilih bacaan yang hendak digunakan dengan memusingkan tombol pemilih pada julat bacaan yang diperlukan.
3.      Laraskan tombol pemilih pada bahagian bacaan untuk julat bacaan ACV.
4.      Sambungkan test pin pada punca bekalan kuasa atau litar yang hendak diuji.
5.      Pastikan julat yang hendak digunakan bersesuaian dengan bacaan ang hendak diambil.
6.      Sambungkan test pin berwarna hitam pada bahagian wayar neutral dan test pin berwarna merah pada wayar yangmembawa arus.
7.      Baca pergerakan jarum penunjuk pada skala bacaan V.A dan skala yang dipilih.

Mengukur Direct Current Ampere (DCA)
1.      Pastikan jarum penunjuk berada pada kedudukan kosong (0) pada bacaan skala.
2.      Pilih bacaan yang hendak digunakan dengan memusingkan tombol pemilih pada julat bacaan yang diperlukan.
3.      Laraskan tombol pemilih pada bahagian bacaan untuk julat bacaan DCA.
4.      Pastikan julat yang hendak digunakan bersesuaian dengan bacaan ang hendak diambil.
5.      Sambungkan test pin berwarna hitam pada bahagian terminal negatif dan test pin berwarna merah pada terminal positif.
6.      Pastikan sambungan dilakukan sesiri dengan beban.
7.      Baca pergerakan jarum penunjuk pada skala bacaan V.A dan skala yang dipilih.


 Mengukur Rintangan (Ω)
1.      Pastikan jarum penunjuk berada pada kedudukan kosong (0) pada bacaan skala dengan menyentuhkan test pin hitam dan test pin merah.
2.      Pilih bacaan yang hendak digunakan dengan memusingkan tombol pemilih pada julat bacaan yang diperlukan.
3.      Laraskan tombol pemilih pada bahagian bacaan untuk julat bacaan rintangan.
4.      Pastikan julat yang digunakan bersesuaian dengan bacaan yang hendak diambil.
5.      Sambungkan test pin berwarna hitam pada bahagian hujung perintang dan test pin berwarna merah pada hujung yang lagi satu.
6.      Baca pergerakan jarum penunjuk pada skala bacaan rintangan.

7.      Bacaan yang diperoleh perlu didarabkan dengan nilai julat yang dipilih. (X1, X10, X100, X1K, X10K).

Asas Penggunaan Peralatan Pengukur (Multimeter)

        i.            OBJEKTIF
  •          Mengetahui kegunaan peralatan pengukuran elektronik.
  •         Mengenalpasti dan memilih julat yang sesuai bagi setiap jenis peralatan pengukur.
  •         Mengetahui teknik pengukuran mengikuti spesifikasi alat.


      ii.            BAHAN-BAHAN DAN ALATAN


PERALATAN YANG DIGUNAKAN
FUNGSI DAN CARA PENGGUNAAN
Multimeter

- Alat penguji meter yang dapat membuat pengujian dengan cepat dan senang.
- Digunakan untuk mengukur voltan, rintangan, arus.
- Menguji keterusan litar.
Veroboard Beserta Perintang Dan Diod (L.E.D)
- Komponen yang akan diukur nilai rintangannya.

Proses Kerja Pematrian


1.      Mendengar arahan daripada pensyarah tentang amali yang perlu diselesaikan.
2.      Melihat contoh-contoh projek terdahulu.
3.      Mengambil tool box dan komponen-komponen yang hendak digunakan.




















4.      Membasahkan span yang ada pada soldering stand.
5.      Memanaskan soldering iron.
6.      Memasang komponen dan wayar pada tempatnya.
7.      Membengkokkan kaki komponen dengan menggunakan playar muncung tirus.
8.      Mengukur dan memotong wayar yang hendak digunakan.
9.      Membuang penebat pada wayar dengan menggunakan penjalur wayar spring.
10.  Memeriksa kepanasan soldering iron dengan penyentuh mata soldering iron pada span yang basah tadi.
11.  Menyentuh mata soldering iron pada kaki komponen yang hendak dipatri.
12.  Menyentuh mata soldering iron pada timah dan patrikan kaki komponen pada veroboard.
13.  Memastikan semua komponen telah dipatri dengan sempurna.
14.  Mengemas semua alatan tangan yang telah digunakan.
15.  Bersihkan meja yang telah digunakan.













Sambungan Asas Pematrian

        i.           BAHAN-BAHAN / KOMPONEN


KOMPONEN DAN PERALATAN YANG DIGUNAKAN
FUNGSI DAN CARA PENGGUNAAN
Veroboard

- Digunakan untuk memegang komponen elektronik dan membina litar.
Wayar Penyambung

- Digunakan sebagai penyambung (jumper) untuk bekalan kuasa atau punca masukan dan keluaran.
Diod Pemancar Cahaya (L.E.D)

- Sejenis diod yang boleh memancarkan cahaya jika dibekalkan voltan tidak melebihi 3 Volt.
- Tidak berfilamen.
- Mempunyai dua kaki yang berkutub.
- Membenarkan arus mengalir dalam satu arah sahaja (anod ke katod)
Perintang

- Mengawal arus.
- Mendapatkan susunan voltan dalam litar.
- Unit disukat dalam unit Ohm (Ω).
Solder Lead

- Terdiri daripada campuran plumbum dan timah.
- Tahap kepanasan untuk mencairkannya bergantung kepada soldering iron. Kebiasaannya pada 180°C-188°C.
- Bahan yang digunakan untuk memateri dua keeping logam yang hendak dicantumkan atau antara kaki komponen dengan veroboard.

Soldering Paste Flux
- Digunakan untuk membersihkan mata soldering iron daripada sisa-sisa timah yang terlekat.
- Membantu untuk melicinkan dan mempercepatkan proses pematrian.
 Transistor


- Berfungsi dalam litar elektronik untuk meninggikan arus, voltan, kuasa dan menjadi suis kawalan.
Kertas Pasir

- Digunakan untuk membersihkan tapak veroboard supaya timah lebih senang melekat pada veroboard.

Amali Elektronik (Asas Pematrian)

Dua bahagian amali elektronik: 1) Asas Pematrian 2) Asas Penggunaan Peralatan Pengukur (Multimeter)

Kita akan bincangkan mengenai amali elektronik yang pertama iaitu asas pematrian.

PERALATAN TANGAN

PERALATAN
FUNGSI DAN CARA PENGGUNAAN
Soldering Stand


- Tempat untuk meletak soldering iron yang sudah panas ketika kerja pemasangan komponen dilakukan.
Soldering Iron

- Mencairkan timah dan memateri dua keeping logam yang hendak dicantumkan.
- Soldering iron yang sesuai digunakan untuk kerja-kerja elektronik adalah pada 20Watt.
- Tahap kepanasan soldering adalah diantara 200°C-350°C.
Pemotong Sisi (Playar Kacip)


- Memotong wayar penyambung dan kaki komponen.
- Membuang penebat pada wayar penyambung.

Penjalur Wayar Spring

- Memotong dan membuang wayar penebat pada wayar penyambung.
Penyedut Pateri

- Membuang pateri yang tidak dikehendaki dengan cara menyedut.
Test Pen

- Alat ujian bagi mengesan kehadiran arus elektrik yang mengalir melalui suatu litar hidup
- Mengetatkan dan melonggarkan skru.
Cutter Wire
- Memotong wayar penyambung dan kaki komponen serta membuang penebat pada wayar penyambung.

Penjalur Wayar

- Memotong dan membuang wayar penebat pada wayar penyambung.
Playar Muncung Tirus















- Membengkok, melurus kaki komponen atau wayar penyambung.
- Memegang komponen kecil.