a) Patuhi segala peraturan yang ditetapkan sepanjang masa.
b) Dilarang memakai barang-barang perhiasan diri semasa berada di dalam bengkel.
c) Memakai pakaian mengikut spesifikasi keselamatan seperti memakai gogel ketika menggunakan mesin, memakai sarung tangan ketika menggunakan alatan, memakai apron dengan kemas serta kasut yang bertutup ketika melakukan kerja.
d) Bagi pelajar perempuan bukan Islam yang berambut panjang hendaklah diikat dengan kemas manakala pelajar perempuan Islam rambutnya perlu diikat dengan rapi kemudian dimasukkan ke dalam tudung.
e) Bagi pelajar yang memakai baju berlengan panjang perlu dilipat hingga ke siku.
f) Jangan berebut ketika menggunakan alatan yang tajam.
g) Tumpukan sepenuh perhatian terhadap alatan yang digunakan semasa aktiviti pertukangan.
h) Mendapat bimbingan penyelia sekiranya terdapat sebarang keraguan untuk menggunakan sesuatu alatan.
i) Sentiasa mengamalkan amalan tolong-menolong dan bekerjasama antara ahli kumpulan
No comments:
Post a Comment