Dalam
amali elektrik dan elektronik ini, secara umumnya pelajar telah didedahkan
dengan cara penggunaan alatan tangan yang berada di dalam bengkel dengan betul.
Selain itu, pelajar juga didedahkan dengan amalan kerja yang selamat. Pelajar
telah didedahkan dengan mengkaji jenis bahaya atau keadaan tidak selamat dan
cara menanganinya sebelum memulakan sesuatu kerja di dalam bengkel. Dalam amali
kali ini, pelajar dikehendaki menyelesaikan tiga tugasan di bengkel elektronik
iaitu asas pematrian, asas penggunaan peralatan pengukur (multimeter) dan
pematrian komponen (litar muzik) serta dua tugasan di bengkel elektrik iaitu
pendawaian pendaflour dan pendawaian soket keluaran 3A. Sepanjang amali ini
berlangsung, pelajar dapat melatih untuk mendisiplinkan diri dalam mematuhi
peraturan yang telah ditetapkan. Kesemua amali tersebut hanya melibatkan alatan
tangan, dengan itu pelajar dapat belajar cara penggunaan alatan tangan dan
mengenali fungsi pelbagai jenis alatan yang ada. Selain itu, pelajar dapat
meningkatkan kemahiran dan melahirkan seorang yang teliti dan berusaha dalam
menyempurnakan sesuatu projek bagi menghasilkan projek yang berkualiti.
No comments:
Post a Comment