1. PERATURAN ASAS
i.
Pakai pakaian
keselamatan seperti sarung tangan penebat, kasut keselamatan, penghadang muka
(face shield) serta jangan pakai pakaian yang labuh dan terjuntai seperti tali
leher yang boleh mengganggu atau membahayakan.
ii.
Tanggalkan
barang-barang kemas seperti cincin, jam tangan, kalong, rantai dan sebagainya.
iii.
Tidak
dibenarkan bergurau senda dan menjerit-jerit.
iv.
Dilarang
menggunakan mesin tanpa kebenaran.
v.
Alat-alat
yang rosak hendaklah diberitahu kepada penyelia dengan segera.
vi.
Jaga
dan guna semua alat dengan betul dan selamat.
vii.
Semua
alatan hendaklah dipulangkan ke tempat asal dalam keadaan bersih setelah
digunakan.
viii.
Memastikan
susun atur semua peralatan sentiasa kemas dan selamat serta tidak menghalang
laluan terutama laluan kecemasan.
ix.
Pelajar
tidak dibenarkan membawa pulang peralatan bengkel tanpa pengetahuan dan
kebenaran daripada pensyarah atau pembantu bengkel.
2. LANGKAH KESELAMATAN
- Anggap semua pemasangan elektrik masih hidup (live) kecuali telah dibuktikan dengan ujian ianya adalah mati.
- Sebelum ON suis pastikan tidak terdapat sebarang kerosakan kepada pemasangan atau mesen tersebut.
- Pastikan tangan anda serta persekitaran yang anda akan berkerja tidak basah atau lembab atau dekat dengan punca-punca air.
- Pastikan alat tambah elektrik seperti plug top, soket outlet 13A, suis dan sebagainya berada didalam keadaan baik dan selamat. Jangan gunakan alat tambah yang pecah, retak atau keadaannya kurang selamat dan diragukan.
- Pastikan setiap pemasangan mempunyai sistem pembumian yang berkesan kerana ianya sangat penting untuk mengelakkan berlakunya kejutan elektrik dan juga untuk memastikan sistem perlindungan seperti RCCB (Residual Current Circuit Breaker) dapat berfungsi dengan baik.
- Jangan mengganggu atau menggagalkan alat-alat perlindungan sedia ada seperti fius, MCB dan sebagainya jika anda kurang faham fungsinya.
- Jangan menambah peralatan elektrik atau menambah pendawaian jika anda tidak faham bahaya beban lebih atau akibat dari perbuatan anda itu.
- Memastikan bengkel mempunyai pencahayan & pengudaraan yang baik.
- Memastikan peralatan kerja dalam keadaan yg baik bagi mengelak renjatan elektrik.
- Memastikan kawasan dan lantai tempat kerja bersih daripada air minyak atau gris supaya dapat mengelakkan dari tergelincir dan renjatan elektrik.
- Mengenalpasti kedudukan alat pemadam kebakaran supaya mudah dicapai semasa kebakaran berlaku.
- Memahami arahan yang terdapat dalam pelan kecemasan.
- Melengkapkan diri dengan latihan kebakaran.
- Mengenalpasti kedudukan peti pertolongan cemas dan periksa kandungan peti pertolongan cemas sekiranya tidak lengkap atau rosak.
No comments:
Post a Comment