Peralatan Mengukur dan Menanda


Peralatan Mengukur dan Menanda

Alatan mengukur kebiasaannya digunakan bersama alatan menanda . Fungsi alatan menanda ialah untuk menghasilkan garisan ataupun titik rujukan sebagai panduan untuk kerja-kerja memotong dan melubang . Antara alatan-alatan menanda yang kerap digunakan adalah seperti berikut :

No.
Alatan Tangan
Penerangan Dan Fungsi
1.
Image result for sesiku l
Sesiku L
Penerangan
·         Terdiri daripada bahagian lengan (bilah) diperbuat daripada keluli yang tahan, manakala bahagian badan diperbuat daripada kayu keras atau keluli.
·          Pada bahagian lengan ditanda dengan ukuran metrik (cm) dan imperial (inch).
·          Saiz ditentukan berdasarkan panjang lengannya (bilah).
Fungsi
·          Digunakan untuk menguji kerataan permukaan bahan kerja kayu.
·           Menguji ketepatan atau kepersegian kayu.
·          Untuk membuat garisan yang bersudut tepat
2.
Image result for pembaris keluli
Pembaris keluli
Penerangan
·         Diperbuat daripada keluli tahan karat.
·          Permukaannya mempunyai skala pengukuran dalam unit imperial (inci) dan metric (cm).
·         Mempunyai pelbagai saiz antara 150 mm hingga 1000mm.
Fungsi
·         Pembaris keluli digunakan untuk mengukur jarak pada bahagian keja sebelum ditanda dan membuat garisan yang lurus.
3.
Image result for pensil tukang
Pensil tukang
Penerangan
·         Badan pensil ini diperbuat daripada kayu manakala matanya daripada karbon hitam.
·         Badan pensil ini lebih lebar dan tebal, matanya berbentuk segi empat tepat.
·         Pensil ini khas untuk kerja kasar sahaja seperti menanda dan merancang tanda.
Fungsi
·         Berfungsi untuk menanda permukaan bahan kerja kayu dan merancang menanda.
4
Image result for peralatan pisau penanda
Pisau Penanda
Penerangan
·         Pisau penanda merupakan alatan tangan yang diperbuat dariapa sejenis keluli yang khas
Fungsi
·         Untuk menanda garisan yang akan dipotong atau untuk kerja membuat tangggam.

·         Boleh digunakan untuk menajamkan mata pensil
credit to: Bhinneka.com

5
Image result for tolok serong
Tolok serong
Penerangan
·         Pada tolok pelaras,terdapat skru pelaras, badan, dan bilah.
·         Biasanya diperbuat daripada besi.
Fungsi
·         Untuk memindahkan sudut yang bukan 90ยบ.
·         Skru pelaras berfungsi untuk melonggar/mengetat bilah untuk mengubah sudutnya.
·         Badan perlu sentiasa rapat dengan permukaan kayu untuk mendapatkan sudut yang tepat.




No comments:

Post a Comment