Peralatan Memotong

Hari ini kita kongsikan tentang peralatan untuk memotong kayu atau papan.

Bil
Peralatan
Penerangan dan Kegunaan
1
        
Image result for gergaji kerat
 
Gergaji Kerat

       I.            Gergaji kerat digunakan khas untuk mengerat kayu secara melintang ira kayu.
    II.            Gergaji kerat mempunyai gigi berbentuk pisau dihujungnya dan tepi hadapanya bersudut antara 70 darjah hingga 80 darjah kepada garisan giginya.
 III.            Gergaji kerat mempunyai bilangan giginya antara 5 hingga 9 batang bagi setiap 25mm.
 IV.            Gergaji kerat biasanya panjang antara 550mm hingga 700mm. 
2
   
   
  
        
 Image result for gergaji belah

       
Gergaji Belah

       I.            Gergaji belah digunakan khas digunakan untuk membelah kayu yang telah digergajikan mengikut atau selari dengan ira kayu.
    II.            Gergaji belah mempunyai gigi yang berbentuk serupa dengan mata pahat dan tepi hadapannya besudut tepat dengan garis giginya.
 III.            Gergaji belah mempunyai bilangan gigi antara 3 hingga 6 bilah bagi setiap 25mm.
 IV.            Gergaji ini mempunyai 3 jenis iaitu jenis kecil, jenis sederhana dan jenis besar.
    V.            Penggunaan gergaji ini bergantung kepada ketebalan kayu yang hendak di belah.
 VI.            Panjang gergaji belah ini ialah antara 600mm hingga 700mm.
a) Cara-cara menggunakan gergaji tangan.
       I.            Condongkan gergaji 45 darjah daripada benda kerja apabila mengergaji belah.
    II.            Condongkan gergaji 60 darjah daripada benda kerja apabila mengergaji kerat.
3
      




          Image result for gergaji puting      
      
Gergaji Puting

       I.            Gergaji putting mempunyai mata yang nipis yang terpaksa diperkuatkan oleh jalur logam (patil keluli) di belakang matanya.
    II.            Ia merupakan gergaji kecil yang mempunyai gigi-gigi yang halus sesuai untuk memotong kayu-kayu yang kecil.
 III.            Biasanya penahan tepi digunakan semasa menggergajikan menggunakan gergaji putting.
 IV.            Bentuknya hampir sama dengan gergaji kerat dan mempunyai mata kecil antara 12 hingga 14 bilah bagi setiap 25mm.
    V.            Kegunaannya adalah untuk mengerat sedara lurus untuk membuat tanggam seperti membuat putting dan lain-lain. 
4
Image result for gergaji lengkung  



  
 
Gergaji Lengkung

       I.            Gergaji ini mempunyai mata yang sangat halus dipasang pada bingkai logam yang tegak.
    II.            Panjang matanya ialah 150mm.
 III.            Gergaji lengkung halus ini digunakan untuk membuat lengkung yang sempit pada papan nipis pada bahagian dalam dan luar.
5
     
Image result for gergaji bajang        
Gergaji Bajang

       I.            Bentuk gergaji bajang serupa dengan gergaji puting tetapi lebih kecil.
    II.            Giginya pula lebih kecil iaitu 18 hingga 22 bagi setiap inci.
 III.            Gergaji bajang digunakan untuk membuat tanggam yang pemasangannya lebih ketat dan tepat. 
6
Image result for gergaji tebuk



      
Gergaji Tebok
       I.            Gergaji tebok bermata halus dan berbentuk tirus.
    II.            Panjangnya 300mm hingga 450mm.
 III.            Gergaji tebok digunakan untuk memotong benda kerja yang lurus dan melengkung.

No comments:

Post a Comment