Assalamualaikum, salam sejahtera, salam UTM sanjungan bangsa,
salam muafakat Johor dan salam 1 Malaysia.
Keselamatan di bengkel sangat penting untuk mengelakkan kecemasan dan kecederaan berlaku.
Ini adalah senarai keselamatan Am di bengkel.
- Bengkel hendaklah sentiasa dalam keadaan kemas dan teratur.
- Tempat khas disediakan untuk menyimpan alatan.
- Hendaklah memastikan semua alat kawalan dan perlindungan elektrik bengkel berfungsi dengan baik
- Laporkan kepada penyelia bengkel sekiranya terdapat satu keadaan bahaya.
- Pastikan semua suis ditutup ketika meninggalkan bengkel.
- Tidak bermain didalam bengkel.
- Memastikan bengkel dibekalkan dengan alat pemadam api.
- Memastikan bengkel sentiasa cerah dan mempunyai pengudaraan yang baik.
- Memastikan bengkel dibekalkan dengan peti pertolongan cemas.
- Sentiasa peka dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.
- Sentiasa bersikap bertimbang rasa dan sentiasa membantu rakan sekerja atau sekelas.
- Menyediakan peralatan yang berkaitan sahaja dengan kerja amali yang dilakukan.
- Hendaklah melaporkan dengan segera kepada penyelia bengkel jika terdapat alatan dan mesin yang digunakan rosak dan merbahaya kepada orang lain jika digunakan.
- Kesemua jenis alat yang tajam hendklah dibawa dengan matanya sentiasa menghala kearah bawah.
No comments:
Post a Comment